Khamis, 1 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

PENDEKATAN ANALISIS WACANA

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

 

PENDEKATAN ANALISIS

WACANA

 

 

HURAIAN

PRA-ANDAIAN

 

Pra-andaian merupakan suatu perkara yang diamalkan sebelum memulakan garis hujah atau tindakan. Pra-andaian dibahagikan kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Intuisi merupakan kemampuan memahami sesuatu tanpa memikirkan rasional dan intelektual. Konteks pula dianalisis dari aspek penerimaan atau penafian.

1. Intuisi

2. Konteks

 

l Penerimaan / Penafian

l Keperluan

l Perujukan

l Anafora

l Pengulangan

l Kekaburan

l Penegasan

 

EMOSI

 

Emosi merupakan suatu perasaan atau gejolak jiwa yang wujud di dalam diri seseorang. Emosi terbahagi kepada dua aspek iaitu emosi positif. negatif dan emosi bercampur. Emosi dapat dilihat melalui perangai, personaliti dan lain-lain.

1. Positif

2. Negatif

3. Emosi Bercampur

 

l Perangai

l Personaliti

l Mood

l Motivasi

 

NILAI DAN BUDAYA


Nilai dan budaya dianalisis dari aspek diri, masyarakat dan adat. Nilai-nilai murni tersebut berkait rapat dalam falsafah pendidikan negara.

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

 

l Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

l Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

l Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

l Keadilan, kebebasan, rasional

 

BAHASA

 

Bahasa difokuskan kepada bahasa pertamab atau ketiga dan lain-lain. Bahasa dikategorikan dalam dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Aspek linguistik dianalisis supaya huraian lebih jelas dan padat.

 

1. Bahasa pertama/kedua/ketiga

2. Formal/tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

 

INFERENS

 

Inferens daripada tiga aspek iaitu rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Setiap aspek dibincangkan supaya ujarannya lebih lengkap dan jelas.

 

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata

 

 
Rujukan : 

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  PAUTAN SETIAP TAJUK TUGASAN Setiap tugasan dari minggu 1 hingga minggu 14  BBM3410 disertakan pautan seperti di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2...