ELEMEN ASAS GRAFIK DALAM MULTIMEDIA
ELEMEN ASAS GRAFIK DAN HURAIAN
|
CONTOH ELEMEN ASAS GRAFIK |
MUDAH |
Sekeping foto sebuah basikal berwarna merah yang terletak di halaman rumah.
Seseorang yang melihat dapat memahami bahawa foto tersebut merupakan foto sebuah basikal yang berwarna merah.
|
Mudah didefinisikan sebagai gambaran yang dapat dilihat dengan mudah sama ada dalam bentuk foto atau video. Mudah juga dapat melihat gambaran sebagai sesuatu mesej yang dapat difahami tanpa kekeliruan.
| |
WARNA |
Sekeping foto sebuah kereta yang berwarna biru dan pokok di belakang yang berwarna hijau serta warna awan yang kebiruan.
Seseorang yang melihat dapat memahami bahawa foto tersebut menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan fokusnya adalah kepada kereta, pokok dan awan. |
Warna didefinisikan sebagai kombinasi warna atau satu warna dalam sesuatu gambaran sama ada dalam bentuk foto atau video. Grafik yang wajar seharusnya tidak mempunyai lebih daripada tiga warna, tetapi tiga warna atau lebih boleh didapati dalam foto atau video. Hal ini mengikut kepada objektif atau mesej yang mahu disampaikan.
| |
TEKS |
Iklan telefon bimbit disertakan teks “Nipis dan Ringan” dapat memberi persepsi tentang telefon tersebut.
Teks tersebut seharusnya ditulis dengan besar dan menggunakan jenis font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya.
|
Teks merujuk kepada jenis dan saiz font yang dipilih dalam persembahan grafik. Kandungan dalam teks amat penting untuk pemahaman terhadap grafik dan warna yang terdapat pada font amat penting dalam asas grafik.
| |
KESESUAIAN |
Sekeping foto tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah sebuah kampung. Foto kanak-kanak berkaki ayam, wajah mereka yang sedang ketawa dan langit yang hamoir gelap menunjukkan suasana petang. Terdapat tulisan “Suasana di kampung saya” di bawah foto tersebut.
Ini menunjukkan kesesuaian antara foto dan tulisan yang ditulis.
|
Kesesuaian dalam grafik didefinisikan sebagai grafik yang sesuai antara satu sama lain terhadap latar yang digunakan seperti latar tempat, latar masa dan latar watak yang terdapat dalam grafik.
| |
KESEIMBANGAN |
Ruang di sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di sebelah kanan gambar. Di sebelah atas gambar pula terdapat langit yang luas berwarna biru dan di sebelah bawah terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas.
Ini menunjukkan keseimbangan ruang kiri dan kanan, dan ruang atas dan bawah gambar tersebut.
|
Keseimbangan dalam grafik merujuk kepada ruang dalam foto atau video. Ruang kiri dan kanan, ruang atas dan bawah, ruang kosong atau ruang grafik yang sama berat dengan sesuatu ruang. Keseimbangan juga dapat dilihat apabila sesuatu grafik dapat disampaikan dengan baik.
|
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan