CERITA SOSIAL 2 (SAYA YANG TERISTIMEWA)
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Pada hari ahad yang lalu, bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan setelah membelinya dari pasar tani. Bapa mengetahui bahawa anak-anaknya menggemari buah-buahan tempatan. Bapa Alim membeli buah rambutan, buah durian, buah manggis, buah langsat, buah duku dan banyak lagi. Alim dan adik-beradiknya sangat gembira apabila mengetahui bapa membawa buah-buahan pulang ke rumah. Ibu menyediakan bakul sampah untuk mereka membuang kulit buah-buahan yang sudah dimakan. Ibu melarang anak-anaknya untuk meletakkan sampah-sampah tersebut di merata tempat sambil menunjukkan ke arah bakul sampah tersebut. Alim dan adik-beradiknya hanya mengangguk kepala tana faham. Tiba-tiba, Alim bertanya kepada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Alim menyatakan bahawa ibu dan bapa selalu berpesan untuk berkongsi barang atau makanan yang disukai oleh kita merupakan satu perbuatan yang baik. Ibu berasa terharu apabila Alim berkata sebegitu. Ibu memuji Alim kerana Alim mengingati pesan ibu dan bapanya. Ibu juga mengatakan bahawa Alim merupakan seorang anak yang baik sambil mengasingkan buah-buahan yang hendak diberikan kepada Sulaiman ke dalam plastik merah. Ibu menghulurkan plastik yang mengandungi buah rambutan dan manggis sambil menyuruh Alim memberikan buah-buahan kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok bunga. Alim mengucapkan terima kasih kepada ibu sambil mengambil plasik merah dan berlari ke arah rumah Sulaiman. Setibanya di rumah Sulaiman, Alim terus memberikan plastik yang berisi buah-buahan tersebut kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum semasa mengambil beg plastik tesebut daripada Alim. Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada dia dan keluarganya. Alim terus berlari semula mendapatkan keluarganya sambil tersenyum puas. Alim memahami bahawa sifat berkongsi itu merupakan sifat yang baik. Alim juga memahami bahawa abang Imran, Madinah dan Aisyah juga akan berkongsi barang atau makanan dengannya. Setelai selesai makan buah-buahan tersebut, Alim membantu abang Imran, Madinah, ibu dan bapanya mengemas rumah. Alim membawa sampah kulit buah-buahan yang telah dimakan ke dalam tong sampah di luar rumah. Semasa membuang sampah tersebut, Alim terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu ibu Sulaiman yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak Cik Timah mengucapkan ucapan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan kepada Sulaiman tadi. Alim membalas kata Mak Cik Timah tersebut dengan ucapan sama-sama. Alim juga berkata bahawa ibunya pernah berkata bahawa berkongsi barang atau makanan merupakan suatu perbuatan yang baik. Ibu juga pernah berpesan kepada Alim bahawa Sulaiman, Mak Cik Timah dan Pak Cik Yakub merupakan jiran yang baik. Kita sebagai jiran perlu berbuat baik kepada jiran yang baik kepada kita jawab Alim sambil menganggukkan kepalanya. Setelah Alim berkata seperti itu Mak Cik Timah mengatakan bahawa apa yang dikatakan Alim itu benar dan Mak Cik Timah juga sempat memuji Alim yang merupakan anak yang baik dengan wajah yang sedih. Alim bertanya kepada Mak Cik Timah kenapa Mak Cik Timah sedih. Mak Cik Timah hanya berkata bahawa dirinya tidak sedih tetapi berasa gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman sambil memandang ke arah Sulaiman yang sedang membasuh basikal kecilnya. Alim berkata bahawa Alim suka dengan Sulaiman kerana Sulaiman merupakan kawan Alim sambil melambaikan tangannya ke arah Mak Cik Timah lalu masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah masih memandang ke arah Alim yang berjalan masuk ke rumah. Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.
Kehadiran :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan