Sabtu, 10 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 

CELIK BAHASA ISYARAT

  

Rancangan sembang tamu : "Celik" Bahasa Isyarat

Anjuran : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia 




Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 

Youtube DBP Malaysia : https://youtu.be/-h5hlplln24



      Program "Celik" Bahasa Isyarat tersebut berkisahkan tentang individu yang tahu akan penggunaan bahasa isyarat dan individu yang mahu menggunakan bahasa isyarat. Bahasa isyarat ini merupakan bahasa yang unik dan tidak semua orang mahu untuk mempelajarinya. Bahasa isyarat ini juga selalunya digunakan oleh individu yang tidak dapat bertutur dengan baik iaitu bisu dan individu yang tidak dapat mendengar dengan baik iaitu pekak. 

    Tetapi, bahasa isyarat bukanlah terhad kepada golongan pekak dan bisu sahaja, golongan yang baik dari segi pertuturan dan pendengaran juga dapat menggunakannya untuk bertutur sebagai satu bahasa. Dalam program tersebut banyak soalan yang dikemukakan oleh pelayar semasa menyertai program "Celik" Bahasa Isyarat ini seperti kepentingan bahasa isyarat dalam masyarakat. 

    Terdapat individu yang mahu mempelajari bahasa isyarat dengan lebih mendalam tetapi tidak tahu dari mana untuk memulakannya. Oleh itu, program tersebut sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengetahui serba sedikit tentang bahasa isyarat dan kepentingannya dalam masyarakat.


Kehadiran :









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  PAUTAN SETIAP TAJUK TUGASAN Setiap tugasan dari minggu 1 hingga minggu 14  BBM3410 disertakan pautan seperti di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2...