Ahad, 4 April 2021

BBM3410-2021-ASAS GRAFIK-TEKS- TAMING SARI

 ASAS GRAFIK - TEKS (INTERNET) - TAMING SARI 



Elemen   : Teks 

Tema      : Burger

 Huraian  : Gambar ini mengetengahkan elemen teks. Hal ini kerana, penggunaan saiz font pada teks yang berbeza-beza menarik tumpuan orang ramai untuk membaca informasi yang ingin disampaikan. Teks yang digunakan dalam grafik ini juga ringkas dan padat dengan maklumat. Oleh itu, tumpuan orang ramai akan lebih tertumpuh kepada teks yang dipaparkan.

Rujukan : https://cdn-image.hipwee.com/wp-content/uploads/2020/09/hipwee-bk2-750x422.jpg




Elemen   : Teks 

Tema      : Promosi jualan

Huraian : Foto di atas jelas memaparkan elemen asas grafik teks yang sangat menonjol dan menarik. Perkataan ‘MEGA SALE’ yang ditulis lebih besar akan memberi fokus kepada mata seseorang untuk memahami mesej foto berkenaan, yang sedang mengadakan promosi jualan secara besar-besaran. Tulisan ‘80% OFF’ dan ‘TODAY ONLY’ yang berwarna biru gelap dapat ditonjolkan kerana pemakaian latar yang berwarna putih, yang juga turut membawa mesej penting agar seseorang yang melihat akan mengetahui jumlah potongan harga yang ditawarkan dan hari potongan harga itu berlangsung. Dengan melihat pada keseluruhan foto tersebut, penggunaan tulisan berhuruf besar kesemuannya, dapat memberi isyarat bahawa foto tersebut bersifat penting dan perlu diberikan perhatian.

Rujukan:https://www.freepik.com/premium-vector/abstract-colorful-salesbanner_5932083.htm




Elemen      : Teks 

Tema         : Alat komunikasi

Huraian   : Grafik di atas memberatkan kepada elemen teks. Hal ini demikian kerana, penggunaan jenis fonts yang ringkas serta saiz fonts yang sesuai memudahkan pembeli membaca teks tersebut. Selain itu, mesej pada teks juga memberikan gambaran yang sebenar berkenaan jenama telefon pintar tersebut.   Grafik tersebut memberitahu pembeli bahawa telefon pintar tersebut adalah lebih besar berbanding daripada keluaran telefon pintar yang lain.

Rujukan   : https://techgreatest.com/wp-content/uploads/2014/09/Screen-Shot-2014-09-09-at-11.40.23-PM.png




Elemen    :  Teks

Tema        :  Kartun

Huraian : Dalam gambar di atas, dapat dilihat bahawa elemen teks yang digunakan dapat menarik individu yang melihat terutamanya kanak-kanak. Ini disebabkan warna dan saiz font yang digunakan menarik minat sesiapa yang melihatnya. Dengan sedikit tambahan di belakang tulisan dapat menaikkan keindahan gabungan warna dan saiz font tersebut. Oleh itu, elemen teks sangat penting jika digunakan di dalam sesuatu gambar untuk menjadikannya lebih menarik.

Rujukan  :  https://images.app.goo.gl/T6KeYGWiB52ztye6A




Elemen  : Teks 

Tema      : Papan tanda

Huraian  : Gambar ini menunjukkan papan tanda yang agak kosong tetapi menarik. Penggunaan teks dan jenis font yang sesuai dapat menarik perhatian orang ramai untuk membacanya. Selain itu, pemilihan warna pada teks dan juga latar adalah senada kerana warna latar berjaya menonjolkan teks. Maka jelaslah, gambar ini menekankan elemen teks untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai yang melihatnya.

Rujukan : https://goodmockups.com/free-wall-mounted-signage-board-on-building-   logo-mockup-psd/amp/




Elemen     : Teks

Tema         : Grafik

Huraian  : Gambar ini dipilih sebagai elemen teks kerana saiz font yang berbeza dan bentuk teks yang sedikit bengkok namun masih mudah untuk dibaca. Kombinasi saiz font yang berbeza-beza menarik perhatian orang ramai untuk membacanya. Hal ini kerana, gambar ini mengetengahkan elemen teks untuk menyapaikan mesej. Oleh itu, pemilihan teks yang bebeza saiz dan jenis font mampu menyapaikan mesej dengan  sempurna.

Rujukan : https://th.bing.com/th/id/OIP.eOPlV1E5ZqeDLfn370d-IgHaKT?w=182&h=254&c=7&o=5&pid=1.7




Elemen   : Teks

Tema       : Qoute

Huraian  : Gambar papan iklan di atas mempunyai elemen teks. Hal ini kerana jenis dan saiz font serta warna font yang dipilih dalam persembahan grafik sangat sesuai. Selain itu, pemilihan jenis, saiz dan warna font yang sesuai memudahkan seseorang untuk membaca teks tersebut dengan sekali pandang semasa di atas jalan raya. Seterusnya, pemandu kereta juga dapat membaca teks pada papan iklan tersebut dengan jelas semasa memandu.

Rujukan   :  https://www.paradiseoutdoor.com.au/extras/graphic-design/billboard-design/





Elemen : Teks

Tema : Papan iklan

Huraian   : Gambar tersebut mengetengahkan eleman teks. Gambar yang dipaparkan         menggunakan satu jenis font dan satu warna sahaja. Selain itu, gambar tersebut mempunyai dua bentuk saiz teks. Hal ini dikatakan demikian kerana, gambar tersebut lebih memfokuskan teks Pepsi. Oleh itu, pemilihan saiz teksnya lebih besar daripada yang lain.





Elemen : Teks

Tema : Alam Sekitar

Huraian : Gambar tersebut menunjukkan elemen asas grafik teks. Hal ini kerana terdapat penggunaan teks ‘Save the Earth. Go Green’ yang ringkas.  Penggunaan jenis dan saiz font juga dalam teks ini juga sesuai untuk menarik minat pengguna agar membacanya. Kandungan teks juga mudah untuk difahami walaupun ringkas, berbanding dengan kandungan teks yang lebih padat. Oleh itu, teks ini sesuai untuk digunakan di samping penggunaan warna dan grafik alam sekitar yang akan meningkatkan pemahaman pengguna terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui gambar tersebut.

Rujukan : https://images.app.goo.gl/2dtiSm1kRcG13Cw67




Elemen : Teks

Tema : Makanan dan minuman

Huraian : Gambar di atas menunjukkan iklan yang dikeluarkan oleh syarikat makanan segera yang terkenal di setiap pelusuk dunia. Setiap satu gambar yang dipamerkan bersama teks, memudahkan orang ramai melihat dan memahami isi kandungan poster tersebut. Kehadiran kombinasi penggunaan teks dari segi font dan saiz font menonjolkan lagi mesej yang ingin disampaikan. Oleh itu, gambar ini mengetengahkan elemen teks untuk menarik minat orang ramai.

Rujukan:https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fnaklikesematamata%2Fposts%2Fterbaru-di-mcdonald-ice-cream-cheesecake-edition-baru-launch-ni-serbu cepat%2F2228486550587148%2F&psig=AOvVaw0Se0irmSQodDL5HpTh4wev&ust=1617467776125000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCIDO6JT_3-8CFQAAAAAdAAAAABAK



ASAS GRAFIK - TEKS (AMBIL SENDIRI) - TAMING SARI




Elemen    : Teks 

Tema       : Muzik

Huraian : Gambar ini mengetengahkan elemen teks. Hal ini kerana, teks yang digunakan dalam gambar ini ringkas dan mudah difahami.  Penggunaan saiz font pada teks “Listen Music” yang berbeza-beza menarik tumpuan orang ramai untuk membaca dan memahami mesej yang disampaikan. Oleh itu, tumpuan orang ramai akan lebih tertumpuh kepada teks yang dipaparkan sebelum melihat pada watak lain yang hadir.




Elemen  : Teks 

Tema     : Buku

Huraian : Foto kulit buku  di atas lebih memfokuskan elemen asas grafik teks. Tulisan tajuk pada bahagian atas buku ditulis dengan saiz yang besar agar mudah seseorang memahami mesej yang ingin disampaikan di dalam buku berkenaan. Pemilihan warna gelap pada tajuk tulisan dapat dilihat dengan jelas, disebabkan pemilihan warna latar yang bersifat terang. Namun begitu, pemilihan teks yang berwarna merah muda dan biru muda digunakan adalah bertujuan untuk menepati warna pada dua karakter manusia yang berbeza iaitu, ‘confident’ dan ‘nervous’ pada gambar seorang lelaki di dalam buku berkenaan. Tulisan berrwarna putih pada bahagian bawah kulit buku yang memaparkan nama penulis pula, terlihat dengan sangat jelas kerana latar tulisan berwarna gelap.




Elemen    : Teks

Tema       : Buku

Huraian  : Imej di atas memberatkan pada elemen teks yang terdapat pada novel. Hal ini demikian kerana, penggunaan saiz teks yang sesuai pada tajuk dan nama penulis memudahkan orang memahami secara terus tajuk novel tersebut. Bukan itu sahaja, penggunaan jenis fonts pada tajuk dan nama penulis juga dibezakan untuk membuatkan pembaca mudah mengetahui tajuk kepada novel tersebut. Oleh yang demikian, penggunaan jenis fonts dan saiz fonts memeainkan peranan penting dalam suatu ass grafik.




Elemen  :  Teks

Tema      :  Buku

 Huraian    : Dalam gambar di atas, dapat dilihat bahawa elemen teks yang digunakan terhadap muka hadapan sebuah buku dapat memberitahu pembaca bahawa warna dan saiz font yang digunakan sesuai dengan buku ilmiah tersebut. Ini menjadikan elemen tersebut mdapat membantu menarik minat seseorang untuk membacanya. Dengan sedikit imej yang terdapat di belakang tulisan dapat menaikkan keindahan gabungan warna dan saiz font tersebut. Oleh itu, elemen teks sangat penting apabila digunakan untuk dijadikan muka hadapan sesebuah buku khususnya supaya buku tersebut lebih menarik.




Elemen  : Teks 

Tema      :  Gajet

Huraian : Gambar ini jelas menunjukkan elemen teks. Hal ini kerana, pencahayaan yang baik daripada laptop serta penggunaan saiz font yang agak besar menonjolkan lagi elemen teks. Tambahan juga, pemilihan warna font yang terang dapat menarik perhatian orang yang melihatnya. Kedudukan teks pada bahagian tengah gambar merupakan salah satu daya tarikan gambar ini.




Elemen   : Teks

Tema       :  Pencahayaan

Huraian   : Gambar ini dipilih sebagai elemen teks kerana tulisan ‘BOOKS BOOKS BOOKS’ begitu menyerlah. Pencahayaan, latar belakang, dan warna berupaya menjadikan teks dan wajah sebagai watak dalam gambar ini. Hal ini membantu penyampaian mesej agar orang lain tertarik untuk membacanya. Oleh itu, kombinasi warna, latar mampu menonjolkan lagi elemen teks.




Elemen     : Teks

Tema        : Qoute

Huraian    : Gambar di atas mempunyai elemen teks. Hal ini kerana jenis dan saiz font serta warna font yang dipilih dalam persembahan grafik sesuai. Selain itu, pemilihan jenis, saiz dan warna font yang sesuai memudahkan seseorang untuk membaca teks tersebut dengan jelas tanpa kekeliruan. Seterusnya, seseorang juga dapat memfokuskan teks di dalam gambar tersebut dengan sekali pandang.




Elemen : Teks 

Tema : Produk wangian

Huraian : Gambar ini lebih memfokuskan kepada elemen teks. Hal ini dikatakan demikian   kerana, kehadiran teks yang berbeza jenis font, saiz teks dan warna teks yang terpapar pada gambar tersebut. Saiz teks pada gambar tersebut lebih memfokuskan nama produk iaitu SugarBomb berbanding dengan nama jenis wangiannya (Mystery Manggo). Oleh itu, elemen teks yang digunakan dalam gambar ini mampu menyampaikan mesej dengan jelas.




Elemen : Teks 

Tema : Kalendar

Huraian : Gambar tersebut menjelaskan elemen asas grafik teks. Hal ini kerana terdapat kepelbagaian saiz dan font yang digunakan dalam kalendar tersebut. Kepelbagaian teks ini penting untuk memastikan setiap tarikh dan hari jelas untuk dilihat walaupun dari jarak jauh. Saiz font yang berbeza juga digunakan untuk menyatakan hari peristiwa penting dalam bulan tersebut. Teks dalam kalendar ini juga dibezakan dengan penggunaan elemen warna yang berbeza untuk membezakan hari minggu dan hari biasa.




Elemen : Teks

Tema : Minuman

Huraian : Gambar ini menonjolkan elemen teks untuk menyampaikan mesej. Tulisan pada bekas air dalam gambar di atas menunjukkan nama syarikat minuman tersebut. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan jenama mereka dan memastikan tidak ada pihak yang mengaku bahawa jenama mereka mendapat tempat di hati ramai orang. Penggunaan teks yang berbeza saiz dan font menarik tumpuan orang ramai untuk membacanya. Oleh itu, elemen ini berjaya menonjolkan mesej kepada orang ramai.

 


KETUA KUMPULAN : NURUL SAHADA BINTI SAIDIN (204111)

PENOLONG KETUA: TUAN NOR MUNIRAH BINTI TUAN ABDULLAH (203928)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  PAUTAN SETIAP TAJUK TUGASAN Setiap tugasan dari minggu 1 hingga minggu 14  BBM3410 disertakan pautan seperti di bawah : 1.  BIODATA DIRI 2...